Thursday, January 7

Cara Tempahan Hotel Melalui Agoda.com

Nak bercuti di mana-mana tempat? Tak tahu apa hotel / homestay / guesthouse yang ada di tempat tersebut? Mudah je, boleh cuba guna Agoda.com. Perkara pertama yang perlu dibuat untuk membuat tempahan di Agoda.com adalah membuka satu akaun. Jangan risau percuma je.

Nampak perkataan 'Baru di Agoda? Daftar Sekarang!'.
Klik kat situ untuk pendaftaran percuma akaun.

Dah klik, nanti akan keluar link ini pula. Silalah isi butiran semua tu. Mudah dan sekejap je.


Bila dah siap isi dan submit pada sistem, Agoda akan hantar e-mel pengesahan pada e-mel yang anda guna untuk pendaftaran tersebut. Jangan lupa klik link tersebut untuk sahkan. Dah sahkan baru boleh login Agoda.com menggunakan ID/e-mel dan password korang.

Dah siap pendaftaran barulah boleh buat penempahan. Baik, katakan korang nak bercuti di i-City, Shah Alam. Korang search perkataan i-City di carian Agoda. Jangan lupa masukkan tarikh check-in, tempoh bermalam dan bilangan tetamu sekali ya. Lepas tu tekan 'Search'.



Nanti akan keluarlah senarai penginapan di kawasan yang korang cari tu. Contoh kat sini penginapan-penginapan di i-City:

Ini sebahagian dari senarai penginapan di i-City. Yang saya highlight tu guesthouse saya, Wadi Iman Guesthouse.  Klik kat 'More details'.

 

Dah tekan butang 'More Details', nanti akan keluar seperti screenshot di atas ni. Yang bestnya kita boleh baca review-review tetamu sebelum proceed, so kalau review positif memang terbaiklah. 

Kalau suka dan berminat boleh klik di butang 'Book' untuk proceed pada tempahan.

Pembayaran melalui Agoda.com sekarang hanya melalui kredit kad. Isi butiran berkaitan yang diperlukan dan klik 'Bayar & Tempah Sekarang!'. Bila selesai buat payment, cek e-mel korang. Agoda.com akan hantar satu confirmation status. Agoda juga akan hantar satu baucer hotel. Print baucer tersebut dan tunjukkan pada hotel / guesthouse semasa check-in nanti.

Jangan lupa untuk review tempat penginapan yang korang menginap. Review anda dapat membantu tetamu-tetamu lain dan tempat penginapan tersebut. Boleh mula beri review tempat penginapan tersebut 24-jam selepas check-out.

Sekian, diharapkan artikel blog ini dapat membantu anda untuk buat tempahan di Agoda.com.